Pembaca Setia

Tuesday, November 2, 2010

TaKda OtaK

Bunyinya agak kasar, tapi mmg tu lah yang sepatutnya gelaran yang perlu diberikan kepada orang yang macam ni.. Kejadian berlaku di kawasan parking office aku..Kereta Proton Persona ini telah menghalang laluan keluar kenderaan lain..

Tanpa rasa bersalah, slumber bomba je park kereta macam ni, umpama orang yang takda otak..Hampir2 mencetuskan pergaduhan oleh pemilik kenderaan yang lain kerana sampai waktu orang nak balik kerja pun, kereta ni masih diletakkan disitu..

Pemiliknya berpelajaran tinggi..tapi takde kualiti..

Lokasi Kejadian : Parkir Kompleks C, Putrajaya

'AkU SuKa HiduP BeGini'


Sikap masyarakat yang masih tidak lagi berubah walaupun negara kita hendak mencapai status Negara Maju..Sikap manusia yang masih lagi tidak ada perubahan

Walaupun disediakan Tong Sampah Besar..kemalasan manusia lah yang menyebabkan terjadinya perkara macam ini..Biarlah berulat atau berbau sampah2 ni..mereka tak ambil peduli..Sebab dalah pemikiran mereka cuma terselit perkataan 'Aku Suka HiduP BeGini"

Lokasi Kejadian : Presint 18, Putrajaya

Friday, September 3, 2010

Hari Raya

Hari lebaran akan tiba tidak berapa lama lagi. Kepada pemandu2 di seluruh Malaysia dinasihatkan supaya berhati2 didalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Kenderaan akan bertambah berkali ganda dalam musim perayaan ini, dan berbagai kerenah pemandu yang dapat kita lihat nanti semasa berada di jalan raya.

Baru2 ini JPJ ada menyarankan kepada orang ramai, supaya mengambil gambar pemandu-pemandu kenderaan yang melanggar peraturan lalulintas. Ini serba sedikit boleh membantu pihak JPJ membendung sikap atau perangai pemandu di Malaysia yang melakukan kesalahan semasa di jalanraya.

Pada orang ramai, ambil lah gambar kenderaan yang melakukan kesalahan jalanraya ini.Beri pada pihak JPJ. Biar mereka buat tindakan yang selanjutnya...


Thursday, August 26, 2010

Parking Ohhhh Parking

Problem
Malas parking

Lokasi: Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
Tarikh Kejadian: 25 Ogos 2010

Kalo dah malas tu..mmg tak leh nk buat apa..Sampai menyusahkan orang lain..Tengoklah sendiri sikap orang yang malas nak parking betul2.. Apo lagi nak diceritokan????

LoRi !!!

Lokasi: DengKil    
Otw nak g berbuka puasa kat Dengkil...Terserempak dengan lori yang baru lepas accident ni..Teruk jugaklah..Terbalik rasanya...

Lokasi: Dengkil
Tarikh Kejadian: 16 Ogos 2010

GianT

Big GianT
Lokasi: Jalan Klang Lama
Tarikh Kejadian: 7 Ogos 2010

Tengah sibuk2 orang beratur panjang tengah tunggu traffic light, big giant ni pun datang menyelit kat depan kereta aku...Entahlah..semua nak cepat dan mudah..

Sendiri lah pikir yo!!!!

BeRaNi Mati


Lokasi                 : Highway PLUS AraH SeremBan
Tarikh Kejadian: 22 Ogos 2010

Tujuan aku rakam aksi ni mula2 just nak tengok aksi mat motor ni..Manalah tau tiba2 accident depan aku ke..leh lah jadikan bahan bukti kat polis..Apa taknya..dengan rapatnya mamat ni follow belakang bas..Buatnya bas tu tiba2 brake..kan boleh xxxxxx...

Dah tu pulak..bila mamat ni tau aku rakamkan die..dengan berlagaknya tunjukkan isyarat lucah kat aku..Hahaha..Budak2...Konon2 berani sangatlah..Tapi sebenarnya penakut...

p.s.Janganlah nak carik pasal kat atas jalanraya..Terutama highway.Kena2 lagi bawak motor..Senang je orang nak dajal...Kalo kat jalan biasa buat hal...mmg tak dapat orang nk ikut sebab sibuk..tapi kalo kat highway lagak mcm samseng..dilanggar kat orang yang takda hati perut kan naya hidup ko..jadilah PUSARA DI LEBUHRAYA..

Thursday, August 12, 2010

WGF 5128

WGF 5128




WGF 5128. Inilah dia antara pemandu yang memandu kereta yang dianggapnya hebat dan laju memandu secara membabi buta dan bersikap kurang ajar serta berlagak seolah2 samseng jalanraya. Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Petang tadi, otw aku balik ke ofis bersama wife aku..sampai kat Tol..kereta memang banyak. Pondok tol yang bukak hanya 2 bijik sahaja. Touch N Go aku pulak duit tinggal RM0.50.. Tengah2 aku beratur nak bayar tol, tiba2 kereta yang dipandu oleh mamat yang kurang ajar ni memotong Q. Bukan setakat potong Q saja, tapi menghimpit kereta aku seolah2 kereta aku takda kat situ. Nyaris2 aku terlanggar kon sebab nak mengelak. Yang aku sakit hati tu, mamat yang kurang ajar ni buat bodoh je macam takde apa2..

Tak namanya kurang ajar ke..Dahlah aku bawak bini aku yang tengah sarat mengandung..Mana tak sakit hati..Nak je aku tibai guna cotar...

Hati2 lah ngan pemandu ni..Mungkin korang pulak jadik mangsa seterusnya...


Lokasi kejadian: Tol Silk Highway (Menghala ke Putrajaya)

LiMo DriVer

Tengoklah ragam driver LIMO dan teksi ni. Orang lain beratur kat trafic light, tapi dieorang buat macam takde apa2.

Mana orang lain tak marah. Kalo nak kejar trip pun janganlah sampai m
cm ni. Jalan raya ni bukan tempat korang je..

Ramai lagi pengguna jalan raya....
Agak2 lah kan...Ni baru yang sempat dirakam..Kalo bab memandu tu usah nk cerita lah..

Bukan saja nak mereka-reka cerita atau nk memburukkan..Tapi tulah hakikatnya...
Mungkin ada yang berkata bukan semua yang mcm ni..
Tapi disebabkan segelintir pemandu yang mcm ni lah, memburukkan reputasi dan imej sebagai pemandu LIMO dan Teksi...Gambar2 ni diambil semasa baru balik dari LCCT..


Lokasi Kejadian: Persimpangan Dengkil - KLIA
Jam : 7.00 Malam

KemALangan Lori

Lokasi : Persimpangan Tol (Seremban)
TarikH Kejadian: 29/9/2009


Kejadian berpunca dari brake pada lori yang gagal berfungsi.

ParKinG

Sentiasa Penuh
Gambar ini diambil pertengahan tahun 2009. Tentang kesesakan parking yang berlaku di Putrajaya hampir setiap hari. (Sumber dari jagindaz)

CriTo Apo ?

Blog ini diwujudkan bukan untuk memalu/menjatuhkan mana-mana pihak. Tetapi ini adalah kejadian sebenar yang berlaku di sekeliling kita setiap hari samada di jalan raya atau tempat-tempat lain. 
Tidak mengutamakan keuntungan individu semata-mata.

Sekiranya apa yang ditulis dalam blog ini yang dirasa agak sensitif atau keterlaluan. Sila emel kepada saya di    wpr5363@gmail.com