Pembaca Setia

Friday, January 21, 2011

myMetro | Pulangkan segera syiling diambil

myMetro | Pulangkan segera syiling diambil


Pada pihak yang berkenaan, sila patuhi arahan yang telah dikeluarkan..Jangan lah ambil hak orang lain...

Wednesday, January 19, 2011

Berita Harian Online | Wang siling RM74,000 bertaburan di lebuh raya

Berita Harian Online | Wang siling RM74,000 bertaburan di lebuh raya

SyilinG BertaBuran..

SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.


Sumber dari Kosmo


- Tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk mengutip duit syiling yang bertaburan..Itu baru duit syiling, kalolah duit RM50 atau RM100..Entahlah apa akan jadi...

Monday, January 17, 2011

JeniS Apa Ni ?

Apa jenisnya pun aku sendiri tak tau...

Lokasi : Taman Kajang Utama

Sunday, January 16, 2011

TayaR DicuRi....AlaMak


CriTo Den kali ini mengisahkan tentang kejadian kecurian tayar yang baru-baru ini berlaku di kawasan perumahan tempat den tinggal.

Sebelum ini pun pernah terjadi kejadian serupa, melibatkan tayar kereta..Kali ini pula melibatkan sebuah motosikal.


2 biji tayar sekali gus

Sapu bersih




Difahamkan kejadian ini berlaku ketika waktu siang..

Lokasi Kejadian : Presint 18, Putrajaya

Thursday, January 6, 2011

Kemalangan Di Putrajaya





Lokasi Kejadian : Putrajaya (Berhampiran susur keluar Alamanda)
Tarikh Kejadian: 4 Januari 2010
Masa : Lebih Kurang jam 5.30 petang - 6.00 Petang
Punca kemalangan: Kereta yang dipandu tidak dapat dikawal akibat jalan licin seterusnya merempuh tiang lampu

Mangsa hanya mengalami kederaan kecil walaupun dilihat pada kereta beliau yang dikategorikan sebagai teruk. Mangsa telah dibawa dengan kenderaan Perbadanan Putrajaya untuk dihantar ke Hospital Putrajaya